Halaman ini mempamerkan pelbagai cara komuniti kita menggunakan data terbuka Malaysia dengan baik!
Baru
URUT.COM
Aplikasi mudah alih
2023
Platform tempahan perkhidmatan terapi urutan yang dipercayai dan dikendalikan oleh pengamal urutan iaitu Orang Kurang Upaya (OKU) yang bertauliah dan berdaftar.
Baru
ProSKILL
Aplikasi mudah alih
2023
Menyediakan platform kepada individu berkemahiran dan kompeten untuk mengiklankan perkhidmatan mereka dan pengguna dapat mendapatkan perkhidmatan yang terjamin mutunya.
Baru
MamaCare
Aplikasi mudah alih
2023
MamaCare ialah aplikasi mudah alih untuk mengawal selia data peribadi ibu dan bayi di dalam kandungan. Aplikasi ini menggunakan teknologi Blockchain dan Verifiable Credential (DID).
Baru
Carian dan Pendaftaran Kemasukan ke Kolej dan Universiti
Kerja akademik
2023
Aplikasi yang direka untuk membantu memudahkan graduan yang ingin melanjutkan pelajaran agar dapat memohon kursus dan institusi yang terbaik serta paling sesuai, berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pengguna kepada aplikasi tersebut.
Baru
EHelp
Kerja akademik
2023
Sistem yang diwujudkan ini memainkan peranan dominan untuk mendengar segala masalah yang dihadapi dari semua isu yang berkaitan dari semua aspek.
Baru
Saykee Bot
Kerja akademik
2023
Projek ini adalah projek yang diilhamkan oleh baymax dari cerita Big Hero 6 dimana robot ini akan membantu orang yang mengalami kesakitan
Baru
MyUndang
Aplikasi mudah alih
2023
MyUndang bertujuan menggalakkan penyertaan warganegara dalam penggubalan undang-undang. Pengguna boleh mengundi mengenai undang-undang, memperoleh ganjaran, serta mengakses bot sembang perundangan berasaskan kecerdasan buatan (AI). Pihak kerajaan pula menerima maklum balas masa nyata bagi menyokong pembuatan keputusan berasaskan data.
Baru
Rizq4u
Aplikasi mudah alih
2023
Projek Rizq4u merupakan platform Mobile App bagi para pelajar mendapatkan makanan dengan menu rahmah, dimana ianya juga dipautkan dengan sistem zakat / sedekah yang dikhaskan bagi pelajar asnaf & B40
Baru
World Alert
Aplikasi mudah alih
2023
World Alert merupakan aplikasi yang menyediakan saluran komunikasi bagi rakyat Malaysia diluar negara yang berhadapan dengan bencana atau kesusahan.
© 2026 Data Terbuka Sektor Awam