Almanak Astronomi
Set data ini menyediakan maklumat fenomena astronomi yang dapat dicerap di Malaysia, termasuk fasa Bulan, perigee dan apogee Bulan, perihelion dan aphelion Bumi, hujan meteor, elongasi planet, solstis, ekuinoks serta fenomena berkaitan. Data dikira berdasarkan lokasi rujukan Kuala Lumpur dan Waktu Piawai Malaysia (MYT, UTC+8) menggunakan sumber astronomi yang diiktiraf. Almanak ini digunakan bagi tujuan pencerapan, pendidikan dan perancangan aktiviti astronomi.