Transaksi Rangkaian ATM Kongsi (SAN) Harian

Data setakat 19 Jan 2026, 23:59

Jumlah dan nilai transaksi Rangkaian ATM Kongi (SAN) harian mengikut segmen geografi.

0 paparan·0 muat turun

Table

Bilangan Transaksi

Nilai Transaksi

Bagaimana data ini dijana?

Data ini dihasilkan daripada rekod transaksi perkhidmatan berasaskan ATM yang telah diselesaikan melalui Rangkaian ATM Kongsi (Shared ATM Network, SAN) yang dikendalikan oleh PayNet (melalui anak syarikatnya MEPS), rangkaian pembayaran kebangsaan dan infrastruktur kewangan berpusat nasional Malaysia. Transaksi SAN direkod secara masa nyata semasa ia berlaku melalui rangkaian penukaran ATM antara bank, di mana pelanggan bank peserta mengesahkan tindakan seperti pengeluaran tunai, pemindahan dana, atau deposit di ATM yang bukan milik bank mereka sendiri (transaksi antara bank, ataupun 'off-us'). Setiap transaksi disimpan secara berpusat oleh infrastruktur PayNet.

Agregat harian dijana dengan menjumlahkan bilangan transaksi yang diselesaikan (volume) serta jumlah nilai monetarinya (dalam RM) bagi setiap tarikh, dengan pecahan mengikut skop geografi. Segmen-segmen adalah seperti berikut:

  • Tempatan (domestik): Transaksi yang diproses sepenuhnya dalam Malaysia merentasi ATM bank domestik yang menyertai SAN.
  • Serantau (merentas sempadan): Transaksi terhad yang melibatkan pengeluaran tunai keluar atau perkhidmatan berkaitan di negara peserta terpilih (contohnya Indonesia, Thailand dan Singapura).

Bagi tujuan penerbitan melalui data.gov.my, pihak Paynet yang melaksanakan proses penjumlahan dan seterusnya menyalurkan agregat harian sahaja; tiada data peringkat transaksi yang disebarkan di luar sistem PayNet.

Apakah kaveat yang perlu diingati apabila menggunakan data ini?

Set data ini dibekalkan dengan kepantasan yang tertinggi (dikemas kini pada pukul 2 pagi secara harian dengan data sehingga hari sebelumnya) kerana potensinya yang tinggi untuk digunakan dalam model nowcasting dan forecasting. Walau bagaimanapun, set data ini mungkin disemak dari semasa ke semasa untuk memastikan ia selaras dengan statistik pembayaran bulanan yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Selain itu, pengguna perlu ambil perhatian bahawa data untuk 2023-09-07 tidak tersedia pada masa ini; isu ini akan diselesaikan sebelum 1 Mac 2026.

Metadata

Penerangan dataset

Jumlah dan nilai transaksi Rangkaian ATM Kongi (SAN) harian mengikut segmen geografi.

Definisi pembolehubah
  • Tarikh
  • Segmen Geografi
  • Bilangan Transaksi
  • Nilai Transaksi (RM)
Kemaskini terakhir:

20 Jan 2026, 01:15

Kemaskini seterusnya:

21 Jan 2026, 02:00

Sumber data
  • Payments Network Malaysia Sdn Bhd
  • Bank Negara Malaysia
Lesen

Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.

Muat turun

Data
Dataset Penuh (CSV)

Dataset Penuh (CSV)

Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.

0

Dataset Penuh (Parquet)

Dataset Penuh (Parquet)

Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.

0

Kod

Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.

# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet import pandas as pd URL_DATA = 'https://storage.data.gov.my/finsector/payments/trnsc_daily_san.parquet' df = pd.read_parquet(URL_DATA) if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date']) print(df)

Contoh Query OpenAPI

Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.

import requests import pprint url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=trnsc_daily_san&limit=3" response_json = requests.get(url=url).json() pprint.pprint(response_json)