Produktiviti Tahunan mengikut Negeri

Data setakat 2025

Produktiviti tenaga buruh tahunan mengikut negeri dan sektor ekonomi utama, diukur sebagai nilai ditambah per penduduk bekerja.

0 paparan·0 muat turun

Table

Output per Pekerja

Bagaimana data ini dijana?

Produktiviti tenaga buruh mengikut negeri diukur sebagai nilai ditambah per penduduk bekerja: KDNK mengikut negeri dan sektor ekonomi utama pada harga malar 2015 (untuk mengecualikan kesan inflasi), dibahagikan dengan bilangan penduduk bekerja dalam negeri dan sektor tersebut.

Penduduk bekerja mengikut negeri dan sektor dianggarkan dengan menggabungkan dua sumber: Survei Tenaga Buruh, yang meliputi sektor tidak formal (isi rumah), dan Banci Ekonomi (2015 dan 2022), yang meliputi sektor formal. Peratus sumbangan setiap sumber kepada jumlah penduduk bekerja diinterpolasi bagi tahun-tahun di antara banci (2016-2021) dan diekstrapolasi bagi tahun-tahun selepas banci terkini (2023 dan seterusnya), kemudian digunakan untuk menganggar jumlah penduduk bekerja bagi setiap sektor utama. Sektor perlombongan dan pengkuarian dianggarkan secara berasingan.

'Supra' merangkumi aktiviti pengeluaran yang pusat kepentingan ekonominya merentasi beberapa negeri, dan oleh itu tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana satu negeri; di Malaysia, aktiviti ini adalah dalam sektor perlombongan dan pengkuarian. Untuk keterangan lanjut tentang konsep yang digunakan, sila rujuk kepada Nota Teknikal.

Apakah kaveat yang perlu diingati apabila menggunakan data ini?

Walaupun indikator ini diklasifikasikan sebagai ukuran produktiviti tenaga buruh, ia tidak sama sekali merujuk kepada kapasiti ataupun potensi tenaga buruh. Dalam istilah teknikal, ia adalah ukuran Produktiviti Faktor Tunggal, yang secara tidak langsung termasuk sumbangan semua faktor pengeluaran lain. Perkara ini amat penting apabila membandingkan negeri: negeri yang outputnya intensif modal (contohnya perlombongan di Sabah dan Sarawak, atau pembuatan di Terengganu) akan mencatatkan nilai ditambah per pekerja yang tinggi tanpa mengira 'kerajinan' atau 'tahap kepakaran' tenaga buruhnya.

Nilai ditambah per penduduk bekerja tidak tersedia bagi sektor perlombongan dan pengkuarian di W.P. Labuan dan W.P. Putrajaya; baris tersebut tidak dimasukkan. Pertumbuhan tahunan dikira daripada nilai mutlak dan dibundarkan kepada 1 tempat perpuluhan. Data mungkin disemak semula dalam penerbitan berikutnya, selaras dengan semakan KDNK mengikut negeri dan anggaran guna tenaga.

Penerbitan berdasarkan data ini

Produktiviti Tenaga Buruh mengikut Negeri, 2025, edisi terkini bagi statistik produktiviti tenaga buruh mengikut negeri yang diterbitkan oleh DOSM.

Metadata

Penerangan dataset

Produktiviti tenaga buruh tahunan mengikut negeri dan sektor ekonomi utama, diukur sebagai nilai ditambah per penduduk bekerja.

Definisi pembolehubah
  • Jenis Siri
  • Tarikh
  • Negeri
  • Sektor Ekonomi
  • Output per Pekerja
Kemaskini terakhir:

29 Okt 2026, 12:30

Kemaskini seterusnya:

29 Okt 2027, 12:30

Sumber data
  • Jabatan Perangkaan Malaysia
Lesen

Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.

Muat turun

Data
Dataset Penuh (CSV)

Dataset Penuh (CSV)

Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.

0

Dataset Penuh (Parquet)

Dataset Penuh (Parquet)

Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.

0

Kod

Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.

# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet import pandas as pd URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/labour/productivity_state.parquet' df = pd.read_parquet(URL_DATA) if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date']) print(df)

Contoh Query OpenAPI

Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.

import requests import pprint url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=productivity_state&limit=3" response_json = requests.get(url=url).json() pprint.pprint(response_json)