Almanak Astronomi

Data setakat 01 Apr 2026, 08:11

Set data ini menyediakan maklumat fenomena astronomi yang dapat dicerap di Malaysia, termasuk fasa Bulan, perigee dan apogee Bulan, perihelion dan aphelion Bumi, hujan meteor, elongasi planet, solstis, ekuinoks serta fenomena berkaitan. Data dikira berdasarkan lokasi rujukan Kuala Lumpur dan Waktu Piawai Malaysia (MYT, UTC+8) menggunakan sumber astronomi yang diiktiraf. Almanak ini digunakan bagi tujuan pencerapan, pendidikan dan perancangan aktiviti astronomi.

0 paparan·0 muat turun

Bagaimana data ini dijana?

Data Almanak Astronomi ini dihasilkan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) melalui pengiraan dan simulasi astronomi menggunakan perisian profesional seperti TheSkyX dan Stellarium bagi menentukan kedudukan jasad samawi berdasarkan koordinat geografi Kuala Lumpur. Data yang dijana kemudiannya disemak dan disahkan melalui perbandingan dengan sumber rujukan astronomi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan tempatan bagi memastikan ketepatan serta kebolehpercayaan maklumat. Almanak Astronomi ini berfungsi sebagai rujukan tahunan yang menyediakan maklumat mengenai fenomena astronomi untuk menyokong aktiviti pencerapan dan pendidikan serta meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap fenomena angkasa di Malaysia.

Apakah kaveat yang perlu diingati apabila menggunakan data ini?

Maklumat dalam Almanak Astronomi ini disediakan sebagai rujukan berdasarkan pengiraan astronomi dan simulasi komputer. Waktu serta kenampakan sesuatu fenomena astronomi adalah berdasarkan lokasi rujukan yang dinyatakan dan mungkin berbeza mengikut kedudukan geografi, khususnya antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Perbezaan ini boleh mempengaruhi waktu terbit atau terbenam objek samawi, kedudukannya di langit serta tempoh fenomena dapat dicerap. Selain itu, kenampakan sebenar fenomena astronomi turut dipengaruhi oleh keadaan atmosfera dan faktor persekitaran seperti cuaca, litupan awan, jerebu, ketelusan atmosfera serta tahap pencemaran cahaya, yang boleh menjejaskan atau menghalang pencerapan walaupun fenomena tersebut berlaku seperti yang diramalkan.

Metadata

Penerangan dataset

Set data ini menyediakan maklumat fenomena astronomi yang dapat dicerap di Malaysia, termasuk fasa Bulan, perigee dan apogee Bulan, perihelion dan aphelion Bumi, hujan meteor, elongasi planet, solstis, ekuinoks serta fenomena berkaitan. Data dikira berdasarkan lokasi rujukan Kuala Lumpur dan Waktu Piawai Malaysia (MYT, UTC+8) menggunakan sumber astronomi yang diiktiraf. Almanak ini digunakan bagi tujuan pencerapan, pendidikan dan perancangan aktiviti astronomi.

Definisi pembolehubah
  • Tarikh/Masa
  • Teks (String)
  • Teks (String)
Kemaskini terakhir:

23 Apr 2026, 08:10

Kemaskini seterusnya:

N/A

Sumber data
  • Agensi Angkasa Malaysia
Lesen

Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.

Muat turun

Data
Dataset Penuh (CSV)

Dataset Penuh (CSV)

Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.

0

Dataset Penuh (Parquet)

Dataset Penuh (Parquet)

Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.

0

Kod

Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.

# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet import pandas as pd URL_DATA = 'https://storage.data.gov.my/publicadmin/alamanak_astronomi.parquet' df = pd.read_parquet(URL_DATA) if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date']) print(df)

Contoh Query OpenAPI

Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.

import requests import pprint url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=almanak_astronomi&limit=3" response_json = requests.get(url=url).json() pprint.pprint(response_json)