Jumlah kematian tahunan yang didaftarkan dengan JPN, mengikut negeri.
0 paparanΒ·0 muat turun
Data mengenai kematian di Malaysia dihasilkan berdasarkan maklumat yang dilaporkan semasa proses pendaftaran kelahiran, khususnya dalam Borang Daftar Kematian (JPN.LM02). Medan 'negeri' yang dilaporan dalam set data ini adalah berdasarkan tempat kediaman biasa simati dan bukannya lokasi geografi di mana simati telah meninggal dunia. Sebagai contoh, jika seseorang itu telah meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur tetapi telah menetap di Selangor, maka kematian tersebut akan direkodkan sebagai kematian bagi Selangor. Untuk memahami metodologi dengan lebih terperinci, sila rujuk kepada Nota Teknikal.
Data ini dihasilkan berdasarkan kematian yang didaftarkan dengan JPN. Oleh itu, sekiranya kematian itu tidak didaftarkan dengan JPN (contohnya sekiranya kematian rakyat asing hanya didaftarkan di negara asal, ataupun kematian penduduk di kawasan yang sangat terpencil tidak didaftarkan) maka ia secara am tidak terkandung dalam set data ini. Namun, penyesuaian data kematian di Sabah telah dilaksanakan kerana kurang liputan pendaftaran yang didapati berdasarkan 'Kajian Kurang Liputan Pendaftaran Kematian di Sabah' yang telah dijalankan oleh DOSM dan diluluskan oleh Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Civil Registration and Vital Statistics pada tahun 2016.
OpenDOSM memaparkan papan pemuka tentang Penduduk & Perangkaan Penting yang membolehkan anda menerokai data ini dengan lebih interaktif!
Jumlah kematian tahunan yang didaftarkan dengan JPN, mengikut negeri.
Nama pembolehubah | Pembolehubah | Definisi |
---|---|---|
state (Kategori) | Negeri | Satu daripada 16 negeri |
date (Tarikh) | Tarikh | Tarikh dalam format YYYY-MM-DD, dengan MM-DD ditetapkan sebagai 01-01 kerana data berfrekuensi tahunan |
abs (Integer) | Kematian | Jumlah kematian dalam tahun tersebut |
rate (Integer) | Kadar Kematian Kasar | Jumlah kematian bagi setiap 1000 penduduk |
17 Okt 2024, 12:00
01 Nov 2025, 12:00
Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.
Dataset Penuh (CSV)
Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.
0
Dataset Penuh (Parquet)
Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.
0
Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.
# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet
import pandas as pd
URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/demography/death_state.parquet'
df = pd.read_parquet(URL_DATA)
if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date'])
print(df)
Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.
import requests
import pprint
url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=deaths_state&limit=3"
response_json = requests.get(url=url).json()
pprint.pprint(response_json)
Β© 2024 Data Terbuka Sektor Awam