Ketidaksamarataan Pendapatan mengikut Negeri

Data setakat 2022

Pekali Gini mengikut negeri dari 1974 hingga 2022.

0 paparanΒ·0 muat turun

Table

Pekali Gini

Bagaimana data ini dijana?

Pekali Gini utama di peringkat negeri dihasilkan berdasarkan taburan pendapatan kasar bulanan isi rumah:

  • Nilai pekali Gini adalah antara 0 dengan 1.
  • Nilai 0 bermaksud kesamarataan total (iaitu semua isi rumah mempunyai pendapatan sama).
  • Nilai 1 bermaksud ketidaksamarataan total (iaitu 1 isi rumah mempunyai semua pendapatan di samping yang lain tidak mendapat apa-apa).

Oleh sebab penghasilan pekali Gini memerlukan data pendapatan isi rumah, statistik pekali Gini Malaysia dihasilkan dan diterbitkan bersama dengan statistik pendapatan isi rumah yang dihasilkan daripada Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES), yang dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali dalam mana-mana tempoh 5 tahun. Untuk mendapat perincian metodologi yang penuh, terutamanya mengenai pengiraan PGK serta evolusi dan nuansanya, sila rujuk kepada nota teknikal.

Apakah kaveat yang perlu diingati apabila menggunakan data ini?

Memandangkan bahawa data ini dihasilkan daripada survey yang menjangkau lebih dari setengah abad, harus diambil perhatian bahawa:

  • Kuala Lumpur diwartakan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974. Oleh itu, data untuk W.P. Kuala Lumpur hanya tersedia mulai 1976. Sebelum itu, data untuk penduduk W.P. Kuala Lumpur adalah sebahagian daripada Selangor. Labuan diwartakan sebagai Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984. Namun, disebabkan oleh kekangan dalam pengsampelan, data bagi W.P. Labuan hanya tersedia mulai 2007. Sebelum itu, data untuk penduduk W.P. Labuan adalah sebahagian daripada Sabah.
  • Putrajaya diwartakan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001. Namun, disebabkan oleh kekangan dalam pengsampelan, data bagi W.P. Putrajaya hanya tersedia mulai 2007. Sebelum itu, data untuk penduduk W.P. Putrajaya adalah sebahagian daripada Selangor.

Penerbitan berdasarkan data ini

Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah, 2022, edisi terkini bagi statistik pendapatan isi rumah yang diterbitkan oleh DOSM. OpenDOSM juga membekalkan dashboard pendapatan isi rumah yang membolehkan anda menerokai data pendapatan isi rumah Malaysia secara interaktif.

Metadata

Penerangan dataset

Pekali Gini mengikut negeri dari 1974 hingga 2022.

Definisi pembolehubah
  • Negeri
  • Tarikh
  • Pekali Gini
Kemaskini terakhir:

28 Jul 2023, 12:00

Kemaskini seterusnya:

N/A

Sumber data
  • Jabatan Perangkaan Malaysia
Lesen

Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.

Muat turun

Data
Dataset Penuh (CSV)

Dataset Penuh (CSV)

Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.

0

Dataset Penuh (Parquet)

Dataset Penuh (Parquet)

Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.

0

Kod

Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.

# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet import pandas as pd URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/hies/hh_inequality_state.parquet' df = pd.read_parquet(URL_DATA) if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date']) print(df)

Contoh Query OpenAPI

Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.

import requests import pprint url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=hh_inequality_state&limit=3" response_json = requests.get(url=url).json() pprint.pprint(response_json)