Kematian Ibu Bersalin Tahunan

Data setakat 2023

Jumlah tahunan kematian wanita semasa mengandung atau melahirkan anak.

0 paparanΒ·0 muat turun

Table

Kematian Ibu Bersalin

Kadar Mortaliti Ibu Bersalin

Bagaimana data ini dijana?

  • Kematian ibu bersalin merujuk kepada kematian seorang wanita ketika mengandung atau melahirkan anak, atau dalam tempoh 42 hari selepas melahirkan anak atau keguguran. Tambahan, kematian tersebut mestilah akibat daripada proses kehamilan dan pengendaliannya atau penyakit-penyakit yang menjejaskan kesihatan ibu, dan bukannya daripada kemalangan atau sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan.
  • Data ini dihasilkan berdasarkan kematian yang didaftarkan dengan JPN, yang telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan sebagai kematian ibu bersalin. Data sebelum 1963 merujuk kepada Semenanjung Malaysia sahaja (tidak termasuk Singapura). Data dari 1963 dan seterusnya merujuk kepada keseluruhan Malaysia (iaitu termasuk Sabah dan Sarawak). Untuk memahami metodologi dengan lebih terperinci, sila rujuk kepada Nota Teknikal.

Apakah kaveat yang perlu diingati apabila menggunakan data ini?

Data ini dihasilkan berdasarkan kematian yang didaftarkan dengan JPN. Oleh itu, sekiranya kematian ibu bersalin itu tidak didaftarkan dengan JPN (contohnya sekiranya kematian ibu bersalin bukan warganegara hanya didaftarkan di negara asal, ataupun kematian ibu bersalin di kawasan yang sangat terpencil tidak didaftarkan) maka ia secara am tidak terkandung dalam set data ini. Namun, penyesuaian data kematian di Sabah telah dilaksanakan kerana kurang liputan pendaftaran yang didapati berdasarkan 'Kajian Kurang Liputan Pendaftaran Kematian di Sabah' yang telah dijalankan oleh DOSM dan diluluskan oleh Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Civil Registration and Vital Statistics pada tahun 2016.

Penerbitan berdasarkan data ini

OpenDOSM memaparkan papan pemuka tentang Penduduk & Perangkaan Penting yang membolehkan anda menerokai data ini dengan lebih interaktif!

Metadata

Penerangan dataset

Jumlah tahunan kematian wanita semasa mengandung atau melahirkan anak.

Definisi pembolehubah
  • Tarikh
  • Kematian Ibu Bersalin
  • Kadar Mortaliti Ibu Bersalin
Kemaskini terakhir:

17 Okt 2024, 12:00

Kemaskini seterusnya:

01 Nov 2025, 12:00

Sumber data
  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Jabatan Perangkaan Malaysia
Lesen

Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.

Muat turun

Data
Dataset Penuh (CSV)

Dataset Penuh (CSV)

Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.

0

Dataset Penuh (Parquet)

Dataset Penuh (Parquet)

Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.

0

Kod

Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.

# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet import pandas as pd URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/demography/death_maternal.parquet' df = pd.read_parquet(URL_DATA) if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date']) print(df)

Contoh Query OpenAPI

Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.

import requests import pprint url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=deaths_maternal&limit=3" response_json = requests.get(url=url).json() pprint.pprint(response_json)