Bilangan jenayah di Malaysia mengikut daerah, kategori jenayah, dan jenis jenayah.
0 paparanΒ·0 muat turun
Set data ini dihasilkan daripada rekod transaksi peringkat laporan yang dikumpulkan oleh Sistem Pelaporan Polis yang dikendali oleh Polis Diraja Malaysia. Ia menunjukkan bilangan jenayah sebenar (iaitu di mana pesalah telah disabitkan) dan bukannya bilangan jenayah dilaporkan, yang termasuk laporan palsu. Selain itu, set data ini juga boleh digunakan dalam sebarang analisis jenayah seks terhaps wanita, kerana semua mangsa rogol seperti yang didefinisikan oleh undang-undang Malaysia adalah wanita (maka tiada keperluan untuk menerbitkan set data lain dengan pecahan mengikut jantina).
Untuk mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang metodologi dan konsep berkaitan, sila rujuk kepada Nota Teknikal. Akhirnya, pihak kerajaan ingin maklumkan bahawa statistik jenayah Malaysia disusun selaras dengan Klasifikasi Jenayah untuk Tujuan Statistik (versi 1.0) yang diterbitkan oleh United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC), bagi memudahkan perbandingan dan penarafan antarabangsa.
Jenayah yang tidak dilaporkan tidak termasuk dalam set data ini. Secara am, kadar jenayah sebenar mungkin melebihi kadar jenayah dilaporkan, terutamanya bagi jenayah di mana mangsa mengalami kesusahan tertentu dalam membuat laporan secara rasmi.
β
Bilangan jenayah di Malaysia mengikut daerah, kategori jenayah, dan jenis jenayah.
Nama pembolehubah | Pembolehubah | Definisi |
---|---|---|
date (Tarikh) | Tarikh | Tarikh dalam format YYYY-MM-DD, dengan nilai MM-DD ditetapkan sebagai 01-01 kerana data berfrekuensi tahunan |
state (Kategori) | Negeri | Satu dari 16 negeri, atau Malaysia; namun, data bagi W.P. Putrajaya dan W.P. Labuan disekalikan bersama W.P. Kuala Lumpur dan Sabah masing-masing. |
district (Kategori) | Daerah Polis | Nama daerah polis; perlu diingati bahawa ini berbeza daripada daerah pentadbiran |
category (Kategori) | Kategori Jenayah | Jenayah kekerasan ('assault') atau jenayah harta benda ('property') |
type (Kategori) | Jenis Jenayah | Jenis khusus jenayah dalam format 'snake case' |
crimes (Integer) | Bilangan Jenayah | Bilangan jenayah sebenar di mana pesalah telah disabitkan |
16 Okt 2024, 12:00
31 Dis 2025, 12:00
Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.
Dataset Penuh (CSV)
Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.
0
Dataset Penuh (Parquet)
Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.
0
Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.
# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet
import pandas as pd
URL_DATA = 'https://storage.data.gov.my/publicsafety/crime_district.parquet'
df = pd.read_parquet(URL_DATA)
if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date'])
print(df)
Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.
import requests
import pprint
url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=crime_district&limit=3"
response_json = requests.get(url=url).json()
pprint.pprint(response_json)
Β© 2024 Data Terbuka Sektor Awam