Siri masa panjang keluaran dalam negeri kasar (KDNK) serta pendapatan nasional kasar (PNK) pada harga semasa, termasuk nilai per kapita.
0 paparanΒ·0 muat turun
Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) adalah jumlah nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam tahun tersebut, selepas ditolak kos barangan dan perkhidmatan yang digunakan dalam proses pengeluaran, tetapi sebelum ditolak penggunaan modal tetap. Di Malaysia, anggaran KDNK dihasilkan selaras dengan Sistem Akaun Nasional (2008). Pendapatan nasional kasar (PNK) didefinisikan sebagai KDNK tambah pendapatan faktor bersih dari luar negara. Untuk mendapat perincian metodologi yang penuh, sila merujuk kepada Nota Teknikal.
Angka bagi 1954 tidak tersedia kerana data bagi tahun tersebut tidak dikumpulkan. Angka KDNK dan PNK bagi 2022 dan 2023 mungkin disemak semula dalam penerbitan akan datang. Tambahan, angka per kapita akan disemak semula selaras dengan mana-mana semakan kepada data penduduk Malaysia. Akhirnya, harus diambil perhatian bahawa definisi 'nasional' tidak sama sepanjang siri masa ini, khususnya:
β
Siri masa panjang keluaran dalam negeri kasar (KDNK) serta pendapatan nasional kasar (PNK) pada harga semasa, termasuk nilai per kapita.
Nama pembolehubah | Pembolehubah | Definisi |
---|---|---|
series (Rentetan) | Jenis Siri | Jenis siri, sama ada nilai mutlak ('abs') atau pertumbuhan tahunan ('growth_yoy') |
date (Tarikh) | Tarikh | Tarikh dalam format YYYY-MM-DD, dengan MM-DD diberi nilai 01-01 kerana data berfrekuensi tahunan |
gdp (Apung, RM juta) | KDNK | Jumlah nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam tahun tersebut, selepas ditolak kos barangan dan perkhidmatan yang digunakan dalam proses pengeluaran, tetapi sebelum ditolak penggunaan modal tetap. Nilai adalah pada harga semasa. |
gni (Apung, RM juta) | PNK | Jumlah nilai pengeluaran oleh warganegara Malaysia, sama ada mereka bermastautin dalam Malaysia atau tidak. Secara mekanikal, PNK boleh didefinisikan sebagai KDNK tambah pendapatan faktor bersih dari luar negara. Nilai adalah pada harga semasa bagi tahun tersebut. |
gdp_capita (Apung, RM) | KDNK per Kapita | Nisbah KDNK kepada jumlah penduduk Malaysia pada tahun tersebut |
gni_capita (Apung, RM) | PNK per Kapita | Nisbah PNK kepada jumlah penduduk Malaysia pada tahun tersebut |
17 Mei 2024, 12:00
16 Mei 2025, 12:00
Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.
Dataset Penuh (CSV)
Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.
0
Dataset Penuh (Parquet)
Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.
0
Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.
# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet
import pandas as pd
URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/gdp/gdp_gni_annual_nominal.parquet'
df = pd.read_parquet(URL_DATA)
if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date'])
print(df)
Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.
import requests
import pprint
url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=gdp_gni_annual_nominal&limit=3"
response_json = requests.get(url=url).json()
pprint.pprint(response_json)
Β© 2024 Data Terbuka Sektor Awam