Jumlah penduduk di peringkat dewan undangan negeri (DUN) dari 2020 ke 2022, dengan pecahan mengikut jantina dan kewarganegaraan. Jadual pratonton hanya menunjukkan data bagi tahun terkini, tetapi data penuh boleh dimuat turun.
0 paparanΒ·0 muat turun
600 DUN yang diperincikan dalam set data ini adalah berdasarkan sempadan kawasan parlimen yang terkini selaras dengan kajian semula persempadanan yang dilaksanakan pada tahun 2015 (Sabah), 2017 (Sarawak) dan 2018 (Semenanjung Malaysia). Angka bagi 2020 adalah berdasarkan data daripada Banci Penduduk yang dilaksanakan pada tahun tersebut. Angka bagi semua tahun lain adalah anggaran pertengahan tahun antara banci. Anggaran antara banci dihasilkan dengan kaedah komponen kohort, yang menganggarkan angka bagi tahun terkini dengan mengambil angka bagi tahun sebelumnya, kemudian tambah kelahiran, tolak kematian, dan tambah migrasi bersih. Untuk mendapat pemahaman metodologi yang lebih mendalam, sila rujuk kepada Nota Teknikal.
Angka-angka terperinci mungkin sedikit berbeza dengan angka keseluruhan apabila terjumlah, disebabkan oleh penggenapan kepada satu titik perpuluhan.
Papan pemuka Kawasanku di OpenDOSM membolehkan anda menerokai pelbagai indikator bagi mana-mana DUN, termasuk data penduduknya.
Jumlah penduduk di peringkat dewan undangan negeri (DUN) dari 2020 ke 2022, dengan pecahan mengikut jantina dan kewarganegaraan. Jadual pratonton hanya menunjukkan data bagi tahun terkini, tetapi data penuh boleh dimuat turun.
Nama pembolehubah | Pembolehubah | Definisi |
---|---|---|
date (Tarikh) | Tarikh | Tarikh dalam format YYYY-MM-DD, dengan MM-DD diberi nilai 01 kerana ini adalah data tahunan |
state (Kategoril) | Negeri | Satu daripada 13 negeri; 3 wilayah persekutuan tidak terkandung dalam set data ini kerana tidak mempunyai dewan undangan negeri. |
parlimen (Kategori) | Parlimen | Satu daripada 209 kawasan parlimen; baki 13 kawasan parlimen di 3 wilayah persekutuan tidak terkandung dalam set data ini kerana tidak dipecahkan kepada dewan undangan negeri. |
dun (Kategori) | DUN | Satu daripada DUN; harus diambil perhatian bahawa setiap DUN adalah subset daripada 1 Parlimen sahaja (dalam istilah geografi: setiap DUN adalah 'enclave' ataupun berada sepenuhnya dalam satu kawasan Parlimen). |
sex (Kategori) | Jantina | Sama ada kedua-dua jantina ('both'), lelaki ('male') atau perempuan ('female') |
age (Kategori) | Kumpulan Umur | Hanya data bagi semua kumpulan umur ('overall') disediakan buat waktu ini, namun medan ini tetap dimasukkan bagi membolehkan tambahan pada masa depan. |
ethnicity (Kategori) | Kumpulan Etnik | Semua kumpulan etnik ('overall'), warganegara ('other_citizen'), atau penduduk bukan warganegara ('noncitizen') |
population (Apung) | Penduduk ('000) | Ribuan orang ('000 orang) |
23 Mei 2023, 12:00
24 Jun 2024, 12:00
Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.
Dataset Penuh (CSV)
Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.
0
Dataset Penuh (Parquet)
Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.
0
Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.
# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet
import pandas as pd
URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/population/population_dun.parquet'
df = pd.read_parquet(URL_DATA)
if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date'])
print(df)
Katalog data ini tidak boleh diakses melalui OpenAPI kerana sifat data yang tidak sesuai untuk akses API. Sila gunakan pautan muat turun yang disediakan untuk dataset penuh seperti yang ditunjukkan di bahagian atas.
Β© 2024 Data Terbuka Sektor Awam