Transaksi Pendaftaran Kenderaan: Kereta

Data setakat 30 Nov 2024, 23:59

Transaksi pendaftaran kereta dari 2000 sehingga kini. Jadual di bawah memberi pratonton kepada dataset penuh yang mengandungi beratus ribu transaksi bagi setiap tahun.

0 paparanΒ·0 muat turun

Bagaimana data ini dijana?

Set data ini mengandungi rekod transaksi sebenar semua kereta yang didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan sejak tahun 2000, tanpa sebarang data peribadi (nota: tiada sebarang data peribadi mengikut definisi Akta 709 yang dikendalikan atau diterima oleh pasukan data.gov.my dalam proses menghasilkan set data ini). Di bawah undang-undang Malaysia, mana-mana kenderaan perlu didaftarkan dengan JPJ dan diberi nombor plat pendaftaran sebelum dapat digunakan di atas jalan.

Walaupun proses pembersihan dan pengesahan telah dilaksanakan atas medan-medan dalam set data ini, tiada sebarang pindaan atau pengagregatan lain yang telah dilakukan; setiap baris dalam set data ini mewakili 1 transaksi pendaftaran. Ini adalah bentuk data yang paling terperinci, iaitu sumber rujukan tunggal yang digunakan untuk menghasilkan semua statistik pendaftaran kereta lain, termasuk yang dipaparkan di data.gov.my.

Apakah kaveat yang perlu diingati apabila menggunakan data ini?

Set data ini menunjukkan pendaftaran kereta, bukannya penjualan atau import atau apa jua transaksi lain. Oleh itu, sekiranya sesebuah kereta tidak didaftarkan untuk digunakan di atas jalan, ia tidak akan terkandung dalam set data ini (contohnya kereta yang dibeli hanya untuk koleksi swasta).

Selain itu, harus diingati bahawa set data ini amat rumit untuk disediakan, terutamanya bagi data dari awal 2000-an semasa sistem pengumpulan data tidak secanggih yang digunakan pada hari ini. Oleh itu, sekiranya anda mengesan apa sahaja ralat atau ingin cadangkan sebarang penambahbaikan, sila maklumkan pihak kami di data.dtsa@jdn.gov.my supaya kami susuli dengan secepat mungkin bersama JPJ.

Penerbitan berdasarkan data ini

datagovmy membekalkan dashboard tentang populariti kereta dan pendaftaran kenderaan yang membolehkan anda menerokai set data ini dengan interaktif!

Metadata

Penerangan dataset

Transaksi pendaftaran kereta dari 2000 sehingga kini. Jadual di bawah memberi pratonton kepada dataset penuh yang mengandungi beratus ribu transaksi bagi setiap tahun.

Definisi pembolehubah
  • Tarikh Pendaftaran
  • Jenis Kenderaan
  • Jenama Kereta
  • Model Kereta
  • Warna Kereta
  • Bahan Bakar
  • Negeri Pendaftaran
Kemaskini terakhir:

07 Dis 2024, 16:00

Kemaskini seterusnya:

10 Jan 2025, 16:00

Sumber data
  • Jabatan Pengangkutan Jalan
  • Kementerian Pengangkutan
Lesen

Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.

Muat turun

Data
Dataset Penuh (CSV)

Dataset Penuh (CSV)

Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.

0

Dataset Penuh (Parquet)

Dataset Penuh (Parquet)

Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.

0

Kod

Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.

# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet import pandas as pd URL_DATA = 'https://storage.data.gov.my/transportation/cars_2024.parquet' df = pd.read_parquet(URL_DATA) if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date']) print(df)

Contoh Query OpenAPI

Katalog data ini tidak boleh diakses melalui OpenAPI kerana sifat data yang tidak sesuai untuk akses API. Sila gunakan pautan muat turun yang disediakan untuk dataset penuh seperti yang ditunjukkan di bahagian atas.