Pendaftaran Vaksin COVID-19 Harian mengikut Negeri, Jantina & Umur

Data setakat 22 Feb 2022, 23:59

Pendaftaran harian melalui MySejahtera bagi vaksin COVID-19 di peringkat kebangsaan dan negeri, dengan pecahan mengikut kumpulan umur dan jantina. Jadual di bawah memberi pratoton ringkas kepada set data penuh.

0 paparanΒ·0 muat turun

Bagaimana data ini dijana?

Data ini dihasilkan daripada setahun data pendaftaran peringkat individu (tanpa sebarang data peribadi) untuk vaksin COVID-19 melalui MySejahtera, iaitu dari tarikh pendaftaran mula dibuka (23 Feb 2021) hingga 1 tahun kemudian (22 Feb 2022). Segelintir kecil rekod (< 0.01%) tanpa rekod umur dan jantina telah digugurkan daripada set data.

Apakah kaveat yang perlu diingati apabila menggunakan data ini?

Data ini tidak termasuk individu yang mendaftar melalui laman web (vaksincovid.gov.my, kini sudah ditutup) atau pusat panggilan. Walaupun pendaftaran tersebut digunakan bagi operasi vaksinasi, pendaftaran melalui mod tersebut tersebut sengaja dikecualikan daripada set data ini kerana pertindihan yang sangat tinggi dengan pendaftaran melalui MySejahtera. Tambahan pula, perlu diingati bahawa negeri individu telah diisytiharkan sendiri tanpa semakan, maka mungkin berbeza daripada negeri kediaman malah negeri di mana mereka akhirnya menerima vaksin mereka. Oleh itu, anda dinasihati untuk berhati-hati sekiranya membandingkan data pendaftaran dengan data vaksinasi sebenar ataupun data populasi.

Penerbitan berdasarkan data ini

β€”

Metadata

Penerangan dataset

Pendaftaran harian melalui MySejahtera bagi vaksin COVID-19 di peringkat kebangsaan dan negeri, dengan pecahan mengikut kumpulan umur dan jantina. Jadual di bawah memberi pratoton ringkas kepada set data penuh.

Definisi pembolehubah
  • Negeri
  • Tarikh
  • Jantina
  • Umur
  • Pendaftaran
Kemaskini terakhir:

02 Jan 2024, 09:00

Kemaskini seterusnya:

N/A

Sumber data
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
Lesen

Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.

Muat turun

Data
Dataset Penuh (CSV)

Dataset Penuh (CSV)

Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.

0

Dataset Penuh (Parquet)

Dataset Penuh (Parquet)

Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.

0

Kod

Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.

# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet import pandas as pd URL_DATA = 'https://storage.data.gov.my/healthcare/vaxreg_covid_demog.parquet' df = pd.read_parquet(URL_DATA) if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date']) print(df)

Contoh Query OpenAPI

Katalog data ini tidak boleh diakses melalui OpenAPI kerana sifat data yang tidak sesuai untuk akses API. Sila gunakan pautan muat turun yang disediakan untuk dataset penuh seperti yang ditunjukkan di bahagian atas.