TFR dan ASFR

Data setakat 2023

Kadar kesuburan keseluruhan (TFR) dan kadar kesuburan mengikut umur (ASFR) dari 1958 hingga kini di peringkat nasional.

0 paparanΒ·0 muat turun

Table

Kadar Kesuburan

Bagaimana data ini dijana?

Kadar kesuburan mengikut umur (ASFR) adalah purata jumlah kelahiran per 1,000 wanita dalam kumpulan umur tertentu. ASFR yang dipaparkan dalam set data ini dihitung berdasarkan rekod pentadbiran kelahiran yang didaftarkan dengan JPN (yang mencatatkan umur ibu), serta data penduduk dari DOSM.

Kadar kesuburan keseluruhan (TFR) adalah purata jumlah anak yang dilahirkan kepada seorang wanita yang melalui hidupnya dengan mengalami ASFR setiap kumpulan umur. Ia dihitung dengan:

  • Menjumlahkan ASFR semua kumpulan umur, kemudian
  • Mengalikan jumlah dengan 5 untuk mengambil kira julat setiap kumpulan umur, dan akhirnya
  • Membahagikan dengan 1000 untuk mengubah angka dari angka bagi setiap 1000 wanita kepada angka bagi seorang wanita.

Apakah kaveat yang perlu diingati apabila menggunakan data ini?

Nilai ASFR berdasarkan jumlah kelahiran hidup sebenar bagi setiap 1000 wanita dalam setiap kumpulan umur 5 tahun. Walau bagaimanapun, dalam mentafsirkan nilai TFR, perlu diingati bahawa TFR berdasarkan unjuran seorang wanita yang melalui hidupnya dengan mengalami ASFR setiap kumpulan umur. Ini tidak sama dengan purata sebenar jumlah anak yang dilahirkan kepada penduduk wanita berumur 15-49 tahun, kerana angka tersebut sebenarnya dipengaruhi oleh nilai ASFR masa lalu dan bukannya nilai ASFR semasa.

Penerbitan berdasarkan data ini

OpenDOSM memaparkan papan pemuka tentang Penduduk & Perangkaan Penting yang membolehkan anda menerokai set data ini dengan lebih interaktif!

Metadata

Penerangan dataset

Kadar kesuburan keseluruhan (TFR) dan kadar kesuburan mengikut umur (ASFR) dari 1958 hingga kini di peringkat nasional.

Definisi pembolehubah
  • Tarikh
  • Kumpulan Umur
  • Kadar Kesuburan
Kemaskini terakhir:

17 Okt 2024, 12:00

Kemaskini seterusnya:

01 Nov 2025, 12:00

Sumber data
  • Jabatan Perangkaan Malaysia
Lesen

Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.

Muat turun

Data
Dataset Penuh (CSV)

Dataset Penuh (CSV)

Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.

0

Dataset Penuh (Parquet)

Dataset Penuh (Parquet)

Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.

0

Kod

Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.

# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet import pandas as pd URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/demography/fertility.parquet' df = pd.read_parquet(URL_DATA) if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date']) print(df)

Contoh Query OpenAPI

Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.

import requests import pprint url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=fertility&limit=3" response_json = requests.get(url=url).json() pprint.pprint(response_json)