Mata Wang dalam Edaran Bulanan

Data setakat Apr 2024

Nilai mata wang dalam edaran mengikut denominasi, contohnya bagi nota RM1, RM5 dan RM10.

0 paparanΒ·0 muat turun

Table

Nilai dalam Edaran

Bagaimana data ini dijana?

Bank Negara Malaysia (BNM) adalah satu-satunya penerbit mata wang di Malaysia, dan bertanggungjawab untuk memastikan bekalan nota dan syiling mencukupi pada setiap masa, termasuk semasa musim perayaan apabila permintaan lebih tinggi daripada biasa. Oleh itu, BNM dapat mengesan nilai mata wang dalam edaran pada bila-bila masa. Data tersebut dirumuskan dalam set data ini pada frekuensi bulanan.

Apakah kaveat yang perlu diingati apabila menggunakan data ini?

Bank Negara Malaysia mula mengeluarkan mata wang Malaysia pada 12 Jun 1967. Sehubungan itu, terdapat beberapa tarikh penting yang harus diambil kira semasa menganalisa mata wang dalam edaran.

Berkaitan nota dalam edaran:

  1. Wang kertas RM500 dan RM1,000 dinyahwangkan pada 1 Julai 1999.
  2. Wang kertas siri kedua RM1, RM5, RM10, RM20, RM50, RM100, RM500 dan RM1,000 dikeluarkan mulai tahun 1982.
  3. Wang kertas siri ketiga RM1, RM2, RM5, RM10, RM50 and RM100 dikeluarkan mulai tahun 1996.
  4. Wang kertas siri keempat RM50 dikeluarkan mulai tahun 2009, manakala siri keempat RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 dikeluarkan mulai 16 Julai 2012.

Berkaitan syiling dalam edaran:

  1. Duit syiling satu ringgit tidak lagi sah diperakukan pada 7 Disember 2005.
  2. Duit syiling siri kedua 1sen, 5sen, 10sen, 20sen, 50sen dan RM1 dikeluarkan mulai tahun 1989. 3.Duit syiling siri ketiga 1sen, 5sen, 10sen, 20sen dan 50sen dikeluarkan mulai 16 Januari 2012.

Penerbitan berdasarkan data ini

Portal kami memaparkan dashboard interaktif berkaitan mata wang dalam edaran. Set data ini juga diterbitkan oleh BNM dalam Sorotan dan Statistik Bulanan](https://www.bnm.gov.my/publications/mhs).

Metadata

Penerangan dataset

Nilai mata wang dalam edaran mengikut denominasi, contohnya bagi nota RM1, RM5 dan RM10.

Definisi pembolehubah
  • Tarikh
  • Jenis Nilai
  • Nilai dalam Edaran
Kemaskini terakhir:

31 Mei 2024, 15:00

Kemaskini seterusnya:

30 Jun 2024, 15:00

Sumber data
  • Bank Negara Malaysia
Lesen

Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.

Muat turun

Data
Dataset Penuh (CSV)

Dataset Penuh (CSV)

Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.

0

Dataset Penuh (Parquet)

Dataset Penuh (Parquet)

Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.

0

Kod

Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.

# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet import pandas as pd URL_DATA = 'https://storage.data.gov.my/finsector/currency_in_circulation.parquet' df = pd.read_parquet(URL_DATA) if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date']) print(df)

Contoh Query OpenAPI

Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.

import requests import pprint url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=currency_in_circulation&limit=3" response_json = requests.get(url=url).json() pprint.pprint(response_json)