Perdagangan Borong & Runcit mengikut Kumpulan (3 digit)

Data setakat Okt 2024

Prestasi subsektor perdagangan borong & runcit mengikut kumpulan MSIC (3 digit), merangkumi nilai dan volum jualan. Jadual memberi pratonton kepada set data penuh dengan menggunakan data bulan terkini sahaja.

0 paparanΒ·0 muat turun

Bagaimana data ini dijana?

Statistik mengenai subsektor perdagangan borong dan runcit dihasilkan menggunakan data yang dikumpul melalui Survei Perdagangan Borong & Runcit Bulanan. Data tersebut meliputi semua pertubuhan yang berdaftar dengan badan-badan kawal selia yang terlibat dalam aktiviti perdagangan borong dan runcit, dan dilaporkan berdasarkan penyata untung dan rugi, penyata kewangan, serta dokumen sokongan sah yang lain. Untuk mendapat perincian metodologi yang penuh, sila merujuk kepada Nota Teknikal.

Apakah kaveat yang perlu diingati apabila menggunakan data ini?

Dalam keadaan di mana akaun kewangan sesebuah pertubuhan itu tidak selesai atau tidak tersedia, data dilaporkan berdasarkan anggaran terbaik. Tambahan, sila ambil perhatian bahawa data indeks volum terlaras secara musim tidak dihasilkan pada peringkat kumpulan (3 digit).

Penerbitan berdasarkan data ini

Perdagangan Borong dan Runcit, Okt 2024, edisi terkini bagi statistik perdagangan borong dan runcit yang diterbitkan oleh DOSM. OpenDOSM sendiri juga memaparkan papan pemuka khas tentang perdagangan borong dan runcit.

Metadata

Penerangan dataset

Prestasi subsektor perdagangan borong & runcit mengikut kumpulan MSIC (3 digit), merangkumi nilai dan volum jualan. Jadual memberi pratonton kepada set data penuh dengan menggunakan data bulan terkini sahaja.

Definisi pembolehubah
  • Jenis Siri
  • Tarikh
  • Kumpulan
  • Nilai Jualan
  • Indeks Volum
Kemaskini terakhir:

11 Dis 2024, 12:00

Kemaskini seterusnya:

10 Jan 2025, 12:00

Sumber data
  • Jabatan Perangkaan Malaysia
Lesen

Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.

Muat turun

Data
Dataset Penuh (CSV)

Dataset Penuh (CSV)

Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.

0

Dataset Penuh (Parquet)

Dataset Penuh (Parquet)

Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.

0

Kod

Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.

# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet import pandas as pd URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/iowrt/iowrt_3d.parquet' df = pd.read_parquet(URL_DATA) if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date']) print(df)

Contoh Query OpenAPI

Katalog data ini tidak boleh diakses melalui OpenAPI kerana sifat data yang tidak sesuai untuk akses API. Sila gunakan pautan muat turun yang disediakan untuk dataset penuh seperti yang ditunjukkan di bahagian atas.