Rekod Transaksi: Kematian disebabkan oleh COVID-19

Data setakat 14 Dis 2024, 23:59

Rekod transaksi kematian disebabkan oleh COVID-19, dengan pelbagai dimensi demografi dan perubatan termasuk rekod vaksinasi COVID-19. Pratonton menunjukkan 200 rekod terkini.

0 paparanΒ·0 muat turun

Bagaimana data ini dijana?

Dataset ini dihasilkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) di Kementerian Kesihatan Malaysia, berdasarkan survelan harian di lapangan yang dilaksanakan untuk memantau evolusi COVID-19 di Malaysia. Berikutan peralihan Malaysia kepada fasa endemik, kekerapan pelaporan awam telah diubah daripada harian kepada mingguan. Namun begitu, survelan harian masih berlangunsung secara dalaman.

Apakah kaveat yang perlu diingati apabila menggunakan data ini?

Secara am, kematian disebabkan oleh COVID-19 tidak diumumkan pada tarikh kematian tersebut berlaku. Ini kerana ia memerlukan masa untuk mengesahkan sebab kematian (melalui bedah siasat), serta untuk mendaftarkan kematian tersebut selaras dengan undang-undang Malaysia. Oleh itu, terdapat kemungkinan di mana rekod yang dimasukkan pada masa depan mempunyai tarikh kematian sebelum rekod yang sudah ada dalam set data. Dalam erti kata lain, pengagretan berdasarkan tarikh kematian akan menghasilkan set data yang dinamik, di mana bilangan kematian pada sesuatu tarikh mungkin meningkat pada masa depan.

Penerbitan berdasarkan data ini

Portal KKMNOW memaparkan papan pemuka tentang COVID-19 di mana anda boleh menerokai data ini dengan lebih interaktif!

Metadata

Penerangan dataset

Rekod transaksi kematian disebabkan oleh COVID-19, dengan pelbagai dimensi demografi dan perubatan termasuk rekod vaksinasi COVID-19. Pratonton menunjukkan 200 rekod terkini.

Definisi pembolehubah
  • Tarikh Kematian
  • Tarikh Dilaporkan
  • Tarikh Ujian Positif
  • Tarikh Vaksinasi (dos pertama)
  • Tarikh Vaksinasi (dos kedua)
  • Tarikh Vaksinasi (dos penggalak)
  • Jenama Vaksin (dos pertama)
  • Jenama Vaksin (dos kedua)
  • Jenama Vaksin (dos penggalak)
  • Negeri
  • Umur
  • Jantina
  • BID
  • Kewarganegaraan
  • komorbiditi
Kemaskini terakhir:

15 Dis 2024, 12:00

Kemaskini seterusnya:

22 Dis 2024, 12:00

Sumber data
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
Lesen

Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.

Muat turun

Data
Dataset Penuh (CSV)

Dataset Penuh (CSV)

Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.

0

Dataset Penuh (Parquet)

Dataset Penuh (Parquet)

Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.

0

Kod

Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.

# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet import pandas as pd URL_DATA = 'https://storage.data.gov.my/healthcare/covid_deaths_linelist.parquet' df = pd.read_parquet(URL_DATA) if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date']) print(df)

Contoh Query OpenAPI

Katalog data ini tidak boleh diakses melalui OpenAPI kerana sifat data yang tidak sesuai untuk akses API. Sila gunakan pautan muat turun yang disediakan untuk dataset penuh seperti yang ditunjukkan di bahagian atas.