Produktiviti tenaga buruh suku tahunan mengikut sektor ekonomi, dengan metrik pada nilai tambah per pekerja, nilai tambah per jam bekerja, dan jumlah jam bekerja.
0 paparanΒ·0 muat turun
Produktiviti tenaga buruh diukur menggunakan dua metrik utama:
Tuntasnya, produktiviti tenaga buruh adalah indikator yang dihasilkan berdasarkan statistik nasional lain, khususnya KDNK dan statistik tenaga buruh. Untuk memahami metodologi pengiraan produktiviti tenaga buruh dengan lebih mendalam, sila rujuk kepada Nota Teknikal.
Walaupun indikator ini diklasifikasikan sebagai ukuran produktiviti tenaga buruh, definisi di atas menunjukkan bahawa ia sebenarnya tidak sama sekali merujuk kepada kapasiti ataupun potensi tenaga buruh. Dalam istilah teknikal, indikator produktiviti ini adalah ukuran Produktiviti Faktor Tunggal, yang secara tidak langsung termasuk sumbangan semua faktor pengeluaran lain. Oleh itu, data ini tidak boleh digunakan untuk membuat kesimpulan tentang 'kerajinan' atau 'tahap kepakaran' tenaga buruh Malaysia - data yang lebih tepat diperlukan untuk analisis sedemikian.
Data bagi 3 tahun terkini (12 suku tahun) mungkin disemak semula dalam penerbitan berikutnya. Semakan ini terutamanya untuk memastikan data adalah selaras dengan semakan data KDNK, yang digunakan secara terus dalam pengiraan metrik produktiviti tenaga buruh.
Produktiviti Tenaga Buruh, 4Q 2024, edisi terkini bagi statistik produktiviti tenaga buruh yang diterbitkan oleh DOSM. OpenDOSM juga memaparkan papan pemuka khas tentang produktiviti tenaga buruh yang membolehkan anda menerokai set data ini dengan lebih interaktif.
Produktiviti tenaga buruh suku tahunan mengikut sektor ekonomi, dengan metrik pada nilai tambah per pekerja, nilai tambah per jam bekerja, dan jumlah jam bekerja.
Nama pembolehubah | Pembolehubah | Definisi |
---|---|---|
series (Rentetan) | Jenis Siri | Jenis siri, sama ada nilai mutlak ('abs') atau pertumbuhan tahunan ('growth_yoy') |
sector (Rentetan) | Sektor Ekonomi | Kod bagi sektor ekonomi, yang perlu dipadankan dengan Jadual Carian. Jadual carian akan memberi definisi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. |
date (Tarikh) | Tarikh | Tarikh dalam format YYYY-MM-DD. Tarikh yang dipilih adalah tarikh terawal dalam suku tahun, contohnya YYYY-01-01 bagi suku tahun pertama dan YYYY-04-01 bagi suku tahun kedua. |
gdp (Apung, RM juta) | KDNK | Keluaran dalam negeri kasar pada harga malar 2015. |
hours (Apung, juta jam) | Jam Bekerja | Jumlah jam bekerja |
employment (Apung, ribu) | Guna Tenaga | Bilangan orang bekerja dalam sektor |
output_hour (Apung, RM) | Output per Jam | Nisbah pengeluaran (KDNK) kepada jam bekerja |
output_employment (Apung, RM) | Output per Pekerja | Nisbah pengeluaran (KDNK) kepada bilangan orang bekerja |
20 Feb 2025, 12:00
22 Mei 2025, 12:00
Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.
Dataset Penuh (CSV)
Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.
0
Dataset Penuh (Parquet)
Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.
0
Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.
# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet
import pandas as pd
URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/labour/productivity_qtr.parquet'
df = pd.read_parquet(URL_DATA)
if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date'])
print(df)
Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.
import requests
import pprint
url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=productivity_qtr&limit=3"
response_json = requests.get(url=url).json()
pprint.pprint(response_json)
Β© 2025 Data Terbuka Sektor Awam