MNHA: Perbelanjaan Kesihatan Keseluruhan (TEH) dan Semasa (CHE)

Data setakat 2022

Perbelanjaan keseluruhan dan semasa untuk kesihatan di Malaysia, dengan pecahan mengikut sektor awam dan swasta.

0 paparanΒ·0 muat turun

Table

Perbelanjaan Kesihatan

Bagaimana data ini dijana?

Secara umum, akaun kesihatan nasional (NHA) bertujuan untuk menjawab 4 persoalan berkaitan perbelanjaan kesihatan:

  1. Berapa banyak yang dibelanjakan?
  2. Siapa yang membelanjakan? (sumber pembiayaan)
  3. Di mana ia dibelanjakan? (pembekal kesihatan)
  4. Apakah tujuan ia dibelanjakan? (fungsi)

Akaun kesihatan nasional Malaysia adalah berdasarkan kerangka Akaun Kesihatan Nasional Malaysia (MNHA), yang selaras dengan klasifikasi NHA antarabangsa tetapi dengan pengubahsuaian untuk memenuhi keperluan dasar tempatan.

Bagi set data ini khususnya, perbelanjaan kesihatan keseluruhan (TEH) merangkumi 'perbelanjaan kesihatan' dan perbelanjaan 'berkaitan kesihatan' daripada kedua-dua sektor awam dan swasta.

  • Perbelanjaan kesihatan terdiri daripada semua perbelanjaan atau pembayaran untuk penjagaan perubatan, pencegahan, promosi, pemulihan, aktiviti kesihatan komuniti, pentadbiran kesihatan dan peraturan dengan objektif utama untuk meningkatkan kesihatan.
  • Perbelanjaan berkaitan kesihatan merangkumi pembentukan modal institusi pembekal penjagaan kesihatan, pendidikan dan latihan kakitangan kesihatan, penyelidikan dan pembangunan, dan semua perbelanjaan lain yang berkaitan dengan kesihatan.

Perbelanjaan kesihatan semasa (CEH) secara konsepnya adalah serupa, tetapi hanya merangkumi perbelanjaan kesihatan, iaitu tidak termasuk perbelanjaan berkaitan kesihatan. Tujuan penerbitan kedua-dua TEH dan CHE adalah kerana TEH (yang mempunyai skop lebih luas) digunakan untuk perancangan dasar Malaysia, manakala CHE diterbitkan untuk perbandingan antarabangsa, seperti yang diamalkan oleh negara-negara OECD dan WHO sejak 2017. Untuk penerangan yang lebih lengkap tentang kerangka MNHA, anda boleh rujuk kepada Bab 2 penerbitan MNHA terkini.

Apakah kaveat yang perlu diingati apabila menggunakan data ini?

Data mungkin disemak semula dalam kemaskini akan datang, selaras dengan metodologi terkini.

Penerbitan berdasarkan data ini

MNHA 2022, edisi terkini Akaun Kesihatan Nasional Malaysia yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Metadata

Penerangan dataset

Perbelanjaan keseluruhan dan semasa untuk kesihatan di Malaysia, dengan pecahan mengikut sektor awam dan swasta.

Definisi pembolehubah
  • Tarikh
  • Pembolehubah
  • Sektor
  • Perbelanjaan (RM)
Kemaskini terakhir:

11 Nov 2024, 00:00

Kemaskini seterusnya:

N/A

Sumber data
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
Lesen

Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.

Muat turun

Data
Dataset Penuh (CSV)

Dataset Penuh (CSV)

Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.

0

Dataset Penuh (Parquet)

Dataset Penuh (Parquet)

Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.

0

Kod

Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.

# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet import pandas as pd URL_DATA = 'https://storage.data.gov.my/healthcare/mnha.parquet' df = pd.read_parquet(URL_DATA) if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date']) print(df)

Contoh Query OpenAPI

Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.

import requests import pprint url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=mnha&limit=3" response_json = requests.get(url=url).json() pprint.pprint(response_json)