Bilangan pekerja formal dan penengah upah bulanan pekerja warganegara Malaysia mengikut sektor ekonomi dan kumpulan umur.
0 paparan·0 muat turun
Secara konsep, pekerja formal ialah individu yang bekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan dengan majikan dan menerima saraan bagi kerja yang dilakukan. Pekerjaan bukan standard, seperti bekerja sendiri, pekerja gig, pekerja akaun sendiri dan pekerja keluarga tanpa gaji, tidak diliputi.
Oleh itu, data upah sektor formal disusun daripada rekod pentadbiran, terutamanya caruman wajib simpanan persaraan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan caruman keselamatan sosial kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Data bagi 15 bulan terkini tertakluk kepada semakan sekiranya data caruman yang lebih lengkap diterima. Bilangan pekerja dibundarkan kepada ratus terdekat sehingga Disember 2025. Umur dikira berdasarkan tahun lahir, maka setiap pekerja meningkat setahun umur pada setiap Januari. Oleh itu, bilangan pekerja mengikut kumpulan umur menunjukkan anjakan paras setiap Januari (contohnya, penurunan ketara pekerja bawah 20 tahun). Penengah upah tidak tersedia bagi pekerja tidak dikelaskan.
Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal), Suku Tahun Kedua 2026, edisi terkini bagi statistik upah sektor formal suku tahunan yang diterbitkan oleh DOSM.
Bilangan pekerja formal dan penengah upah bulanan pekerja warganegara Malaysia mengikut sektor ekonomi dan kumpulan umur.
Nama pembolehubah | Pembolehubah | Definisi |
|---|---|---|
date (Tarikh) | Tarikh | Tarikh dalam format YYYY-MM-DD, dengan DD ditetapkan sebagai 01 kerana data berfrekuensi bulanan |
sector (Kategori) | Sektor | Sektor ekonomi, dikelaskan mengikut Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC) 2008: pertanian ('agriculture'), perlombongan dan pengkuarian ('mining'), pembuatan ('manufacturing'), pembinaan ('construction'), perkhidmatan ('services') atau tidak dikelaskan ('unclassified'). Pekerja tidak dikelaskan ialah pekerja yang aktiviti ekonominya tidak dapat ditentukan |
age (Kategori) | Kumpulan Umur | Bawah 20 ('below_20'), kumpulan 5 tahun dari '20-24' hingga '60-64', atau 65 dan ke atas ('65_above') |
employees (Integer) | Pekerja | Bilangan pekerja formal; pekerja yang mempunyai lebih daripada satu pekerjaan dikira sekali |
wages_median (Integer, RM) | Penengah Upah | Penengah upah bulanan; separuh daripada pekerja formal memperoleh kurang daripada jumlah ini. Upah merujuk kepada semua saraan dalam bentuk wang yang dibayar kepada pekerja dalam bulan rujukan, termasuk bonus, komisen dan elaun. Ia tidak termasuk caj perkhidmatan, bayaran kerja lebih masa, ganjaran, faedah persaraan, faedah pemberhentian atau penamatan kerja dan elaun perjalanan. Upah direkodkan mengikut asas akruan, iaitu pada bulan kerja dilakukan, tanpa mengira bila bayaran dibuat. Bagi pekerja yang mempunyai lebih daripada satu pekerjaan, upah daripada semua pekerjaan dijumlahkan. |
27 Okt 2026, 13:00
31 Jan 2027, 13:00
Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.
Dataset Penuh (CSV)
Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.
0
Dataset Penuh (Parquet)
Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.
0
Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.
# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet
import pandas as pd
URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/labour/formal_wages_msic_age.parquet'
df = pd.read_parquet(URL_DATA)
if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date'])
print(df)Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.
import requests
import pprint
url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=formal_wages_msic_age&limit=3"
response_json = requests.get(url=url).json()
pprint.pprint(response_json)© 2026 Data Terbuka Sektor Awam