Semua transaksi pendaftaran kenderaan dari 2000 sehingga kini. Jadual di bawah memberi pratonton kepada dataset penuh yang mengandungi beratus ribu transaksi bagi setiap tahun.
0 paparan·0 muat turun
Set data ini mengandungi rekod transaksi sebenar semua kenderaan yang didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan sejak tahun 2000, tanpa sebarang data peribadi (nota: tiada sebarang data peribadi mengikut definisi Akta 709 yang dikendalikan atau diterima oleh pasukan data.gov.my dalam proses menghasilkan set data ini). Di bawah undang-undang Malaysia, mana-mana kenderaan perlu didaftarkan dengan JPJ dan diberi nombor plat pendaftaran sebelum dapat digunakan di atas jalan.
Walaupun proses pembersihan dan pengesahan telah dilaksanakan atas medan-medan dalam set data ini, tiada sebarang pindaan atau pengagregatan lain yang telah dilakukan; setiap baris dalam set data ini mewakili 1 transaksi pendaftaran. Ini adalah bentuk data yang paling terperinci, iaitu sumber rujukan tunggal yang digunakan untuk menghasilkan semua statistik pendaftaran kereta lain, termasuk yang dipaparkan di data.gov.my.
Set data ini menunjukkan pendaftaran kenderaan, bukannya penjualan atau import atau apa jua transaksi lain. Oleh itu, sekiranya sesebuah kenderaan tidak didaftarkan untuk digunakan di atas jalan, ia tidak akan terkandung dalam set data ini (contohnya kenderaan yang dibeli hanya untuk koleksi swasta).
Selain itu, harus diingati bahawa set data ini amat rumit untuk disediakan, terutamanya bagi data dari awal 2000-an semasa sistem pengumpulan data tidak secanggih yang digunakan pada hari ini. Oleh itu, sekiranya anda mengesan apa sahaja ralat atau ingin cadangkan sebarang penambahbaikan, sila maklumkan pihak kami di data.dtsa@jdn.gov.my supaya kami susuli dengan secepat mungkin bersama JPJ.
data.gov.my membekalkan dashboard tentang pendaftaran kenderaan yang membolehkan anda menerokai set data ini dengan interaktif!
Semua transaksi pendaftaran kenderaan dari 2000 sehingga kini. Jadual di bawah memberi pratonton kepada dataset penuh yang mengandungi beratus ribu transaksi bagi setiap tahun.
Nama pembolehubah | Pembolehubah | Definisi |
|---|---|---|
date_reg (Tarikh) | Tarikh Pendaftaran | Tarikh pendaftaran kenderaan dalam format YYYY-MM-DD; sila ambil perhatian bahawa tarikh ini tidak semestinya sama dengan tarikh pembelian |
category (Kategori) | Kategori Kenderaan | Satu daripada 7 kategori kenderaan: kereta ('car'), motor ('motorcycle'), lori ('lorry'), van ('vans'), bas ('bus'), treler ('trailers'), dan lain-lain ('other') |
type (Kategori) | Jenis Kenderaan | Jenis kenderaan dalam setiap kategori |
colour (Rentetan) | Warna Kenderaan | Warna kenderaan dalam teks Bahasa Inggeris huruf kecil; sila ambil perhatian bahawa warna dalam set data ini dikelaskan secara kasar, bermaksud rona warna tidak dapat dibezakan (contohnya kedua-dua biru gelap dan biru muda dikelaskan sebagai biru) |
fuel (Rentetan) | Bahan Bakar | Bahan bakar yang diguna oleh enjin kereta tersebut; terdapat 7 jenis iaitu petrol ('petrol'), diesel ('diesel'), diesel hijau ('greendiesel'), gas asli ('ng'), gas asli cecair ('lng'), hidrogen ('hydrogen'), dan elektrik ( 'elektrik'). Kereta yang boleh menggunakan bateri elektrik atau bahan api dikelaskan sebagai hibrid (sama ada 'hybrid_petrol' atau 'hybrid_diesel'). Gabungan dua jenis bahan api bermaksud bahawa enjin kereta tersebut boleh menggunakan lebih daripada satu jenis bahan api; contohnya 'diesel_ng' bermaksud enjin kereta boleh menggunakan kedua-dua diesel dan gas asli sebagai bahan bakar. |
state (Rentetan) | Negeri Pendaftaran | Satu daripada 16 negeri, atau 'Rakan Niaga'; ini sama ada merujuk kepada negeri pejabat JPJ di mana kereta tersebut didaftarkan, atau bahawa kereta tersebut didaftarkan melalui portal Rakan Niaga JPJ rasmi. Sila ambil perhatian bahawa medan ini langsung tidak berkaitan dengan nombor plat pendaftaran kereta, yang boleh dipilih secara bebas tanpa bergantung kepada lokasi pendaftaran kereta. |
03 Apr 2026, 05:14
10 Mei 2026, 16:00
Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.
Dataset Penuh (CSV)
Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.
0
Dataset Penuh (Parquet)
Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.
0
Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.
# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet
import pandas as pd
URL_DATA = 'https://storage.data.gov.my/transportation/vehicles_2026.parquet'
df = pd.read_parquet(URL_DATA)
if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date'])
print(df)Katalog data ini tidak boleh diakses melalui OpenAPI kerana sifat data yang tidak sesuai untuk akses API. Sila gunakan pautan muat turun yang disediakan untuk dataset penuh seperti yang ditunjukkan di bahagian atas.
© 2026 Data Terbuka Sektor Awam