Kemasukan warga asing secara bulanan ke Malaysia mengikut negeri pintu masuk, kewarganegaraan dan jantina. Jadual memberi pratonton kepada set data dengan menggunakan data bagi bulan terkini sahaja.
0 paparanΒ·0 muat turun
Jabatan Imigresen Malaysia mengendalikan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs), yang digunakan untuk merekodkan ketibaan dan pelepasan melalui udara, darat dan laut di semua pintu masuk antarabangsa ke Malaysia. Set data ini diagregatkan daripada data transaksi yang disimpan dalam MyIMMs, iaitu sumber tunggal bagi pergerakan masuk dan keluar dari Malaysia.
Data ini hanya berdasarkan rekod dalam MyIMMs. Selain itu, tiada kewarganegaraan yang direkodkan bagi ~0.01% daripada kemasukan keseluruhan, termasuk individu tanpa kerakyatan (stateless) dan pelarian (refugee).
Portal ini memaparkan papan pemuka tentang imigresen di mana anda boleh menerokai data ini dengan lebih interaktif.
Kemasukan warga asing secara bulanan ke Malaysia mengikut negeri pintu masuk, kewarganegaraan dan jantina. Jadual memberi pratonton kepada set data dengan menggunakan data bagi bulan terkini sahaja.
Nama pembolehubah | Pembolehubah | Definisi |
---|---|---|
date (Tarikh) | Tarikh | Tarikh dalam format YYYY-MM-DD, dengan nilai DD ditetapkan sebagai 01 bagi data bulanan |
country (Rentetan) | Kewarganegaraan | Kod ISO-3 piawai yang mewakili kewarganegaraan individu yang masuk ke Malaysia. Kod XXX digunakan bagi ketibaan di mana tiada kewarganegaraan yang direkodkan, termasuk duta, individu tanpa kerakyatan (stateless) dan pelarian (refugee). |
soe (Rentetan) | Negeri Pintu Masuk | Negeri pintu masuk antarabangsa bagi individu tersebut; lokasi ini mungkin bukan destinasi terakhir mereka di Malaysia, maka tidak harus digunakan untuk membuat kesimpulan tentang destinasi pelancongan. |
arrivals (Integer) | Kemasukan | Bilangan orang, bersamaan dengan jumlah lelaki dan perempuan |
arrivals_male (Integer) | Kemasukan Lelaki | Bilangan kemasukan lelaki |
arrivals_female (Integer) | Kemasukan Perempuan | Bilangan kemasukan perempuan |
28 Okt 2024, 16:00
25 Nov 2024, 16:00
Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.
Dataset Penuh (CSV)
Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.
0
Dataset Penuh (Parquet)
Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.
0
Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.
# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet
import pandas as pd
URL_DATA = 'https://storage.data.gov.my/demography/arrivals_soe.parquet'
df = pd.read_parquet(URL_DATA)
if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date'])
print(df)
Katalog data ini tidak boleh diakses melalui OpenAPI kerana sifat data yang tidak sesuai untuk akses API. Sila gunakan pautan muat turun yang disediakan untuk dataset penuh seperti yang ditunjukkan di bahagian atas.
Β© 2024 Data Terbuka Sektor Awam