Purata dan penengah pendapatan kasar bulanan isi rumah mengikut kawasan DUN dari 2019 hingga 2024.
0 paparan·0 muat turun
Data mengenai gaji dan upah individu dalam ekonomi formal mudah diperoleh daripada rekod pentadbiran. Sebaliknya, data mengenai pendapatan isi rumah lebih sukar untuk dihasilkan, kerana ia memerlukan definisi statistik yang tepat bagi isi rumah, serta sumber pendapatan bukan gaji seperti pendapatan hartanah, dividen, dan faedah. Oleh itu, ia memerlukan penggunaan survei atau banci.
Di Malaysia, data mengenai pendapatan isi rumah (serta perbelanjaan dan akses kepada kemudahan asas) dikumpul melalui Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES), yang dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali dalam mana-mana tempoh 5 tahun. Data yang dipaparkan di sini telah dihasilkan daripada rekod HIES peringkat isi rumah dari tahun 2019 hingga 2024 (edisi terkini). Untuk mendapat perincian metodologi yang penuh, sila rujuk kepada nota teknikal.
Data ini menunjukkan nilai nominal, iaitu mereka tidak diselaraskan untuk inflasi. Selain itu, data di peringkat DUN hanya diterbitkan mulai 2019 (berbanding dengan data negeri yang tersedia dari 1970) kerana sampel HIES sebelumnya tidak mencukupi untuk membolehkan pecahan mengikut kawasan DUN.
Purata dan penengah pendapatan kasar bulanan isi rumah mengikut kawasan DUN dari 2019 hingga 2024.
Nama pembolehubah | Pembolehubah | Definisi |
|---|---|---|
state (Kategori) | Negeri | Satu daripada 13 negeri; 3 Wilayah Persekutuan dikecualikan kerana tidak mempunyai Dewan Undangan Negeri. |
parlimen (Kategori) | Kawasan Parlimen | Satu daripada 207 kawasan parlimen; 15 kawasan parlimen di Wilayah Persekutuan dikecualikan kerana tidak dibahagikan kepada DUN. |
dun (Kategori) | Kawasan DUN | Satu daripada 600 kawasan DUN |
date (Tarikh) | Tarikh | Tarikh dalam format YYYY-MM-DD, dengan MM-DD diberi nilai 01-01 kerana data berfrekuensi tahunan |
income_mean (Integer, RM) | Pendapatan Purata | Purata pendapatan kasar bulanan isi rumah |
income_median (Integer, RM) | Pendapatan Penengah | Penengah pendapatan kasar bulanan isi rumah; ini biasanya kurang daripada pendapatan purata kerana taburan pendapatan yang condong ke kanan |
31 Dis 2025, 12:00
N/A
Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.
Dataset Penuh (CSV)
Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.
0
Dataset Penuh (Parquet)
Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.
0
Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.
# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet
import pandas as pd
URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/hies/hh_income_dun.parquet'
df = pd.read_parquet(URL_DATA)
if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date'])
print(df)Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.
import requests
import pprint
url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=hh_income_dun&limit=3"
response_json = requests.get(url=url).json()
pprint.pprint(response_json)© 2026 Data Terbuka Sektor Awam