Taburan skor berat-untuk-umur (WAZ), tinggi-untuk-umur (HAZ), dan berat-untuk-tinggi (WHZ) untuk kanak-kanak bawah 5 tahun berdasarkan piawaian WHO, yang digunakan untuk menilai malnutrisi (kekurangan berat badan, terbantut, tersusut dan berlebihan berat badan).
0 paparan·0 muat turun
Data ini dihasilkan berdasarkan rekod tinjauan yang dikumpul melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan setiap 4 tahun. NHMS dirangka untuk mengumpul data representatif bagi pelbagai indikator kesihatan, terutamanya yang tidak dapat dinilai melalui data pentadbiran. Untuk mendapat perincian metodologi yang penuh, sila rujuk laporan NHMS 2019. Angka bagi 2016 adalah daripada NHMS 2016: Kesihatan Ibu dan Anak, angka bagi 2019 adalah daripada NHMS 2019, dan angka bagi 2022 adalah daripada NHMS 2022: Kesihatan Ibu dan Anak.
Bagi set data ini secara khusus, taburan WAZ, HAZ, dan WHZ bagi Malaysia telah dikira dengan membandingkan berat dan umur kanak-kanak bawah 5 tahun di Malaysia kepada World Health Organization Growth Standard 2006 (WHO 2006). Kemudian, prevalen 4 indikator malnutrisi penting dikira seperti berikut:
NHMS 2016 dan NHMS 2022 melaporkan berat-untuk-tinggi (WHZ) melebihi 2 sisihan piawai sebagai satu kategori, maka berlebihan berat badan dan obesiti tidak dipaparkan secara berasingan bagi 2016 dan 2022. Anggaran dengan ralat piawai relatif yang terlalu besar tidak dipaparkan; pengguna boleh merujuk laporan NHMS 2022 untuk perincian lanjut.
Taburan skor berat-untuk-umur (WAZ), tinggi-untuk-umur (HAZ), dan berat-untuk-tinggi (WHZ) untuk kanak-kanak bawah 5 tahun berdasarkan piawaian WHO, yang digunakan untuk menilai malnutrisi (kekurangan berat badan, terbantut, tersusut dan berlebihan berat badan).
Nama pembolehubah | Pembolehubah | Definisi |
|---|---|---|
date (Tarikh) | Tarikh | Tarikh dalam format YYYY-MM-DD, dengan MM-DD diberi nilai 01 kerana ini adalah data tahunan |
strata (Kategori) | Strata | Sama ada keseluruhan ('all'), luar bandar ('rural'), atau bandar ('urban') |
indicator (Kategori) | Indikator | Sama ada berat-untuk-umur (WAZ), tinggi-untuk-umur (HAZ), atau berat-untuk-tinggi (WHZ) |
range (Rentetan) | Julat | Julat untuk penunjuk (contoh, < -2SD, -2SD ke 2SD, > 2SD). |
description (Rentetan) | Keterangan | Keterangan tentang julat indikator (contohnya Kekurangan berat badan, Normal, Berlebihan berat badan). |
prevalence (Apung, %) | Prevalen (%) | Nisbah populasi dalam julat tersebut, dinyatakan sebagai peratusan. |
11 Okt 2026, 12:00
N/A
Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.
Dataset Penuh (CSV)
Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.
0
Dataset Penuh (Parquet)
Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.
0
Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.
# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet
import pandas as pd
URL_DATA = 'https://storage.data.gov.my/healthcare/nutrition_status_u5_strata.parquet'
df = pd.read_parquet(URL_DATA)
if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date'])
print(df)Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.
import requests
import pprint
url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=nutrition_children_strata&limit=3"
response_json = requests.get(url=url).json()
pprint.pprint(response_json)© 2026 Data Terbuka Sektor Awam