Jumlah dan nilai transaksi FPX harian mengikut model perniagaan.
0 paparan·0 muat turun
Data ini dihasilkan daripada rekod transaksi pembayaran yang telah diselesaikan melalui sistem Financial Process Exchange (FPX) yang dikendalikan oleh PayNet, rangkaian pembayaran dan infrastruktur kewangan berpusat nasional Malaysia. Transaksi FPX direkod secara masa nyata (real time) semasa ia berlaku melalui gerbang pembayaran nasional, di mana pelanggan mengesahkan pembayaran secara selamat daripada akaun bank mereka. Setiap transaksi disimpan secara berpusat oleh PayNet.
Agregat harian dijana dengan menjumlahkan bilangan transaksi yang diselesaikan (volume) serta jumlah nilai monetarinya (dalam RM) bagi setiap tarikh, dengan pecahan mengikut model perniagaan. Jenis model perniagaan adalah seperti berikut:
Bagi tujuan penerbitan melalui data.gov.my, pihak Paynet yang melaksanakan proses penjumlahan dan seterusnya menyalurkan agregat harian sahaja; tiada data peringkat transaksi yang disebarkan di luar sistem PayNet.
Set data ini dibekalkan dengan kepantasan yang tertinggi (dikemas kini pada pukul 2 pagi secara harian dengan data sehingga hari sebelumnya) kerana potensinya yang tinggi untuk digunakan dalam model nowcasting dan forecasting. Walau bagaimanapun, set data ini mungkin disemak dari semasa ke semasa untuk memastikan ia selaras dengan statistik pembayaran bulanan yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Selain itu, pengguna perlu ambil perhatian bahawa data untuk 2024-11-24 tidak tersedia pada masa ini; isu ini akan diselesaikan sebelum 1 Mac 2026.
Jumlah dan nilai transaksi FPX harian mengikut model perniagaan.
Nama pembolehubah | Pembolehubah | Definisi |
|---|---|---|
date (Tarikh) | Tarikh | Tarikh dalam format YYYY-MM-DD |
model (Rentetan) | Model Perniagaan | Jenis model perniagaan FPX, sama ada semua model ('all'), perniagaan-ke-perniagaan ('B2B') atau perniagaan-ke-pengguna ('B2C'). |
volume (Integer) | Bilangan Transaksi | Jumlah transaksi FPX untuk tarikh dan model. |
value (Apung, RM) | Nilai Transaksi (RM) | Nilai transaksi FPX untuk tarikh dan model, dalam Ringgit Malaysia (RM). |
20 Jan 2026, 01:15
21 Jan 2026, 02:00
Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.
Dataset Penuh (CSV)
Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.
0
Dataset Penuh (Parquet)
Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.
0
Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.
# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet
import pandas as pd
URL_DATA = 'https://storage.data.gov.my/finsector/payments/trnsc_daily_fpx.parquet'
df = pd.read_parquet(URL_DATA)
if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date'])
print(df)Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.
import requests
import pprint
url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=trnsc_daily_fpx&limit=3"
response_json = requests.get(url=url).json()
pprint.pprint(response_json)© 2026 Data Terbuka Sektor Awam