Ikrar Derma Organ Harian mengikut Negeri

Data setakat 21 Dis 2024, 23:59

Ikrar penderma organ harian pada peringkat negeri. Jadual memberi pratonton kepada set data dengan menggunakan data daripada tahun terkini.

0 paparanΒ·0 muat turun

Table

Ikrar Harian

Bagaimana data ini dijana?

Set data ini dihasilkan daripada rekod transaksi ikrar penderma organ yang dikumpul oleh Pusat Sumber Transplan Nasional. Walaupun pendaftaran telah dilaksanakan sejak tahun 1997, data sebelum tahun 2009 telah digugurkan disebabkan isu kebersihan data bagi rekod-rekod lama. Oleh itu, set data ini adalah gabungan:

  • Rekod transaksi yang dipungut secara manual dari tahun 2009 hingga 5 September 2022.
  • Rekod transaksi yang diisi melalui MySejahtera sejak 6 September 2022, setelah proses ikrar didigitalkan sepenuhnya.

Apakah kaveat yang perlu diingati apabila menggunakan data ini?

Proses ikrar derma organ digital membenarkan seseorang individu berikrar untuk menderma organ mereka, dan kemudiannya menarik balik ikrar tersebut atas budi bicara sendiri. Oleh itu, set data ini bersifat dinamik; jumlah ikrar bagi sesuatu tarikh mungkin mengurang (tetapi tidak bertambah) pada masa depan sekiranya ikrar ditarik balik.

Penerbitan berdasarkan data ini

Portal KKMNOW memaparkan papan pemuka tentang Pendermaan Organ di mana anda boleh meneroka data ini dengan lebih interaktif!

Metadata

Penerangan dataset

Ikrar penderma organ harian pada peringkat negeri. Jadual memberi pratonton kepada set data dengan menggunakan data daripada tahun terkini.

Definisi pembolehubah
  • Tarikh
  • Negeri
  • Jumlah Ikrar
Kemaskini terakhir:

22 Dis 2024, 10:00

Kemaskini seterusnya:

23 Dis 2024, 10:00

Sumber data
  • Pusat Sumber Transplan Nasional
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
Lesen

Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.

Muat turun

Data
Dataset Penuh (CSV)

Dataset Penuh (CSV)

Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.

0

Dataset Penuh (Parquet)

Dataset Penuh (Parquet)

Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.

0

Kod

Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.

# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet import pandas as pd URL_DATA = 'https://storage.data.gov.my/healthcare/organ_pledges_state.parquet' df = pd.read_parquet(URL_DATA) if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date']) print(df)

Contoh Query OpenAPI

Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.

import requests import pprint url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=organ_pledges_state&limit=3" response_json = requests.get(url=url).json() pprint.pprint(response_json)