IPP mengikut Item (5 digit)

Data setakat Sep 2024

Pengeluaran sebenar bagi tiga sektor industri utama mengikut item MSIC (5 digit). Jadual memberi pratonton kepada set data penuh dengan menggunakan data bulan terkini sahaja.

0 paparanΒ·0 muat turun

Bagaimana data ini dijana?

Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) dirangka untuk mengukur pengeluaran komoditi perindustrian di sektor perlombongan, pembuatan dan elektrik dalam istilah sebenar (iaitu dari segi pengeluaran dan bukannya nilai jualan). IPP dirangka berdasarkan data tersebut:

  • Data bulanan pengeluaran minyak mentah dan gas asli daripada PETRONAS.
  • Data bulanan pengeluaran bagi 245 industri terpilih dalam sektor pembuatan melalui Survei Pembuatan Bulanan, yang merangkumi pertubuhan dengan sumbangan signifikan dari segi nilai jualan.
  • Data bulanan pengeluaran minyak kelapa sawit mentah, minyak kelapa sawit bertapis dan minyak isi rong kelapa sawit daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
  • Data bulanan penjanaan tenaga elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

Untuk mendapat perincian metodologi yang penuh, sila merujuk kepada Nota Teknikal.

Apakah kaveat yang perlu diingati apabila menggunakan data ini?

Data terlaras secara musim (bagi semua kumpulan) dan data bagi item dalam seksyen elektrik (35101 hingga 35303) tidak dibekalkan pada peringkat 5 digit. Tambahan:

  • Walaupun seksyen perlombongan (B) mengandungi 56 item, hanya data bagi minyak mentah dan gas asli (06101 dan 06201) dibekalkan dalam set data ini, kerana pengiraan IPP tidak melibatkan item lain. Seksyen pembuatan (C) mengandungi 259 item. Namun, hanya data bagi 130 item (mewakili ~91% daripada wajaran seksyen pembuatan) dibekalkan. Ini bermaksud bahawa indeks pada peringkat lebih tinggi (contohnya IPP keseluruhan) tidak dapat diperoleh daripada set data 5 digit ini. Data bagi item 11010, 11020 and 11030 disekalikan di bawah item 11010; data bagi item 24201, 24202 and 24209 disekalikan di bawah item 24201. Ini kerana margin ralat yang tinggi apabila item tersebut diperincikan secara tersendiri.

Penerbitan berdasarkan data ini

Indeks Pengeluaran Perindustrian, Mac 2024, edisi terkini bagi statistik harga pengeluaran perindustrian yang diterbitkan oleh DOSM. OpenDOSM sendiri juga memaparkan papan pemuka khas tentang pengeluaran perindustrian.

Metadata

Penerangan dataset

Pengeluaran sebenar bagi tiga sektor industri utama mengikut item MSIC (5 digit). Jadual memberi pratonton kepada set data penuh dengan menggunakan data bulan terkini sahaja.

Definisi pembolehubah
  • Jenis Siri
  • Tarikh
  • Item
  • Indeks
Kemaskini terakhir:

10 Dis 2024, 12:00

Kemaskini seterusnya:

10 Jan 2025, 12:00

Sumber data
  • Jabatan Perangkaan Malaysia
Lesen

Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.

Muat turun

Data
Dataset Penuh (CSV)

Dataset Penuh (CSV)

Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.

0

Dataset Penuh (Parquet)

Dataset Penuh (Parquet)

Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.

0

Kod

Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.

# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet import pandas as pd URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/ipi/ipi_5d.parquet' df = pd.read_parquet(URL_DATA) if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date']) print(df)

Contoh Query OpenAPI

Katalog data ini tidak boleh diakses melalui OpenAPI kerana sifat data yang tidak sesuai untuk akses API. Sila gunakan pautan muat turun yang disediakan untuk dataset penuh seperti yang ditunjukkan di bahagian atas.