Hutang isi rumah Malaysia adalah antara yang tertinggi di rantau ASEAN. Dalam situasi ini, Bank Negara Malaysia (BNM) memelihara kestabilan kewangan dengan memantau dan mengawal aktiviti pinjaman bagi semua institusi kewangan di Malaysia. Papan pemuka ini menggunakan data dari Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) bagi memaparkan trend utama berkaitan hutang isi rumah. Buat masa ini, ia menunjukkan aktiviti pinjaman bulanan secara am mengikut tujuan pinjaman.
Kemaskini terakhir: 31 Dis 2024, 15:00
Kemaskini seterusnya: 31 Jan 2025, 15:00
Nilai pinjaman yang dikeluarkan adalah indikator yang menggambarkan pinjaman sebenar kerana sesuatu permohonan pinjaman mungkin tidak diluluskan jika pinjaman tersebut berisiko. Namun, data mengenai permohonan dan kelulusan pinjaman tetap memberikan gambaran tentang permintaan untuk pinjaman, serta prosedur operasi institusi kewangan.
2006
2024
Β© 2025 Data Terbuka Sektor Awam